Portal Rasmi

Jabatan Perikanan Malaysia

Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan

FishCom

Soalan Lazim

Maklum Balas

Hubungi Kami

Peta
Laman

Generic selectors
Exact matches only
Search in title
Search in content
Post Type Selectors

News details

Penny Grow has established itself as the go-to source for breaking technology services in wholesale and retail banking, capital markets, and insurance.

Program Rasa-Rasa Akuakultur Dan Karnival MyAP/MyKP Sarawak Galak Pembangunan Industri Perikanan Tempatan Secara Lestari

Program Rasa-Rasa Akuakultur dan Karnival myAgropreneur Perikanan (myAP)/myKomuniti Perikanan (myKP)
Jabatan Perikanan Laut Sarawak telah menganjurkan Program Rasa-Rasa Akuakultur dan Karnival myAgropreneur Perikanan (myAP)/myKomuniti Perikanan (myKP) bertemakan “Perikanan Lestari, Sajian Terjamin” bertempat di Majma Mall, Kuching. Majlis pelancaran telah disempurnakan oleh Ketua Pengarah Jabatan Perikanan Malaysia, Yang Berbahagia Dato’ Haji Adnan bin Hussain.

Penganjuran program ini bertujuan memperkenalkan produk-produk akuakultur marin dan hasil hiliran perikanan tempatan, di samping menjadi platform strategik untuk memperluas jaringan pasaran serta memperkasa penyertaan usahawan dan komuniti nelayan dalam rantaian nilai industri perikanan.

Sempena majlis ini, seramai 12 penerima SpeKS dan tiga Ketua Jaringan Perikanan turut menerima cek cura dan peralatan GPS sebagai penghargaan atas sumbangan mereka dalam memajukan sektor perikanan di peringkat akar umbi.

Dalam majlis yang sama turut diadakan pelancaran buku tukun tiruan bertajuk “SATU – Sarawak Artificial reefs Trailblazing Underwater” sebagai simbol komitmen Jabatan dalam pemuliharaan marin yang bertepatan dengan Matlamat Pembangunan Mampan (SDG) ke 14 : Life Below Water. Pemasangan tukun tiruan bukan sahaja membantu memulihkan habitat laut dan memelihara biodiversiti, malah menyumbang kepada kelangsungan sumber pendapatan komuniti nelayan.

Turut hadir dalam majlis ini ialah YBrs Encik Abdul Rahman bin Abdul Wahab, Pengarah Kanan Jabatan Perikanan Laut Sarawak, YBrs EncikJamil bin Musel, Pengarah Institut Penyelidikan Perikanan Sarawak dan Labuan, YBrs. Puan Rosmawati binti Ghazali, Timbalan Pengarah Kanan Bahagian Akuakultur serta pegawai-pegawai Perikanan Ibu Pejabat, Negeri dan Daerah.

13 Mei 2025

sign up our newsletter

Sign up today for hints, tips and the latest product news - plus exclusive special offers.

Jabatan Perikanan Malaysia
Jumlah Pelawat
[wpstats_visitors_offset]
Pelawat
Paparan terbaik: 1920 x 1080
Hakcipta Terpelihara © 2026 Jabatan Perikanan Malaysia