Portal Rasmi

Jabatan Perikanan Malaysia

Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan

FishCom

Soalan Lazim

Maklum Balas

Hubungi Kami

Peta
Laman

Generic selectors
Exact matches only
Search in title
Search in content
Post Type Selectors

News details

Penny Grow has established itself as the go-to source for breaking technology services in wholesale and retail banking, capital markets, and insurance.

Program Pelepasan Anak Penyu Merdeka

YB Datuk Arthur Joseph Kurup, Timbalan Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, telah menyempurnakan Program Pelepasan 670 ekor anak Penyu Agar di Pantai Pasir Panjang, Pulau Redang bersempena bulan kebangsaan yang ke 67.

Beliau berkata, program ini merupakan sebahagian daripada usaha berterusan Jabatan Perikanan Malaysia dalam memelihara spesies penyu yang semakin terancam di Malaysia dan bukan sahaja bertujuan memulihkan populasi penyu di perairan negara, tetapi juga untuk meningkatkan kesedaran masyarakat tentang kepentingan pemeliharaan spesies terancam dan keperluan melindungi alam sekitar.

Jabatan Perikanan juga berharap program ini dapat memupuk kesedaran dan tanggungjawab kolektif terhadap pelestarian alam sekitar di kalangan rakyat Malaysia dan merupakan salah satu inisiatif bagi memastikan bahawa generasi akan datang dapat mewarisi kekayaan biodiversiti negara.

Turut hadir sama dalam program ini, YB Haji Hilmi bin Harun, Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani, Keterjaminan Makanan dan Komoditi Negeri Terengganu, Dato’ Haji Adnan bin Hussain, Ketua Pengarah Jabatan Perikanan Malaysia, Encik Ruzaidi bin Mamat, Pengarah Perikanan Negeri Terengganu serta pegawai-pegawai perikanan negeri dan ibu pejabat.

2 September 2024

sign up our newsletter

Sign up today for hints, tips and the latest product news - plus exclusive special offers.

Jabatan Perikanan Malaysia
Jumlah Pelawat
[wpstats_visitors_offset]
Pelawat
Paparan terbaik: 1920 x 1080
Hakcipta Terpelihara © 2026 Jabatan Perikanan Malaysia