Portal Rasmi

Jabatan Perikanan Malaysia

Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan

FishCom

Soalan Lazim

Maklum Balas

Hubungi Kami

Peta
Laman

Generic selectors
Exact matches only
Search in title
Search in content
Post Type Selectors

News details

Penny Grow has established itself as the go-to source for breaking technology services in wholesale and retail banking, capital markets, and insurance.

Program Melabuh Tukun Tiruan di Perairan Pulau Sembilan, Perak

Duli Yang Amat Mulia Raja Iskandar Dzurkarnain ibni Almarhum Sultan Idris A’fifullah Shah D.K., D.K II (Johor)., D.K.A II., P.S.M., S.P.C.M., S.S.D.K, Raja DiHilir Perak Darul Ridzuan telah berkenan berangkat melancarkan Program Melabuh Tukun Tiruan di Perairan Kepulauan Sembilan, Perak.

12 unit tukun dasar lembut penghalang pukat tunda (TDL-AT) bernilai RM370,660.00 telah dilabuhkan bagi tujuan konservasi serta mengekang aktiviti penangkapan ikan menggunakan peralatan tidak mesra sumber di kawasan perairan pantai.

Jabatan Perikanan (DOF) telah menyalurkan peruntukan sebanyak RM 1.26 juta kepada negeri Perak bagi pembangunan dan pemantauan tukun tiruan sepanjang RMKe-11 hingga RMKe-12 (2019 hingga 2024). Sepanjang tempoh tersebut, sebanyak 47 unit tukun telah dilabuhkan di empat lokasi yang berbeza di perairan negeri Perak.

Pembangunan tukun tiruan di Malaysia adalah sebahagian usaha kerajaan melalui DOF bagi memulihara biodiversiti marin serta memastikan pengurusan sumber perikanan sentiasa mampan dan terjamin. Hasil melabuh tukun ini juga dapat memberi manfaat kepada 18,217 orang nelayan di negeri Perak.

Hadir sama YB Tuan Azman Noh, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pengkalan Baharu, Encik Sukri Deris, Timbalan Pengarah Kanan, Bahagian Konservasi dan Perlindungan Perikanan, Haji Mohd Ghazali A. Manap, Pengarah Perikanan Negeri Perak.

1 Julai 2024

sign up our newsletter

Sign up today for hints, tips and the latest product news - plus exclusive special offers.

Jabatan Perikanan Malaysia
Jumlah Pelawat
[wpstats_visitors_offset]
Pelawat
Paparan terbaik: 1920 x 1080
Hakcipta Terpelihara © 2026 Jabatan Perikanan Malaysia