Portal Rasmi

Jabatan Perikanan Malaysia

Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan

FishCom

Soalan Lazim

Maklum Balas

Hubungi Kami

Peta
Laman

Generic selectors
Exact matches only
Search in title
Search in content
Post Type Selectors

News details

Penny Grow has established itself as the go-to source for breaking technology services in wholesale and retail banking, capital markets, and insurance.

Majlis Penyerahan Bot Peronda Laju Baharu Jabatan Perikanan Malaysia

Majlis Penyerahan Bot bersama KPP

YBhg. Dato’ Haji Adnan bin Hussain, Ketua Pengarah Perikanan Malaysia telah hadir ke MSET Shipbuilding Corporation Sdn. Bhd. di Pulau Kambing, Kuala Terengganu, Terengganu bagi menyempurnakan majlis penyerahan sepuluh (10) buah bot peronda 13 meter baharu untuk Jabatan Perikanan Malaysia.

Bot-bot peronda tersebut akan ditempatkan di negeri-negeri strategik, iaitu Kedah (1), Pulau Pinang (2), Perak (2), Melaka (1), Johor (3), dan Kelantan (1) dengan tujuan utama untuk meningkatkan keupayaan pengawasan bagi melindungi sumber perikanan negara.

Bot-bot peronda tersebut dibina menggunakan bahan aluminium dengan panjang hull 13 meter dan kelebaran 3.5 meter serta dilengkapi dengan tiga (3) enjin sangkut berkuasa 300 kuasa kuda setiap satu, _global positioning system_ (MCS), radar, sistem sonar, dan sistem komunikasi terkini.

Bot-bot peronda tersebut berupaya mencapai kelajuan sehingga 42 knots yang mana membolehkan bot-bot peronda tersebut mengejar dan memintas vesel yang cuba melarikan diri semasa pihak jabatan menjalankan aktiviti pemantauan, pengawalan dan pengawasan (MCS) di laut.

Turut hadir ke majis penyerahan ini ialah Tuan Haji Abdul Halim Bin Marzuki Pengarah Kanan Bahagian Kejuruteraan, Cik Uraini Binti Ujang Ketua Cawangan Kolaborasi, Pendidikan & Logistik, Bahagian Konservasi dan Perlindungan Perikanan, Encik Ruzaidi Bin Mamat Pengarah Pejabat Perikanan Negeri Terengganu, Encik Mohd Ghazali bin A. Manap, Pengarah Pejabat Perikanan Negeri Perak, Dr. Erniyta Binti Osman, Pengarah Pejabat Perikanan Negeri Kelantan, Puan Zarina Binti Zainuddin, Pengarah Pejabat Perikanan Negeri Pulau Pinang, Encik Saufi Affandi Bin Talib, Pengarah Pejabat Perikanan Negeri Melaka, dan pegawai-pegawai dari Ibu Pejabat serta Pejabat Perikanan Negeri Terengganu serta wakil dari syarikat.

21 November 2024

sign up our newsletter

Sign up today for hints, tips and the latest product news - plus exclusive special offers.

Jabatan Perikanan Malaysia
Jumlah Pelawat
[wpstats_visitors_offset]
Pelawat
Paparan terbaik: 1920 x 1080
Hakcipta Terpelihara © 2026 Jabatan Perikanan Malaysia