Portal Rasmi

Jabatan Perikanan Malaysia

Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan

FishCom

Soalan Lazim

Maklum Balas

Hubungi Kami

Peta
Laman

Generic selectors
Exact matches only
Search in title
Search in content
Post Type Selectors

News details

Penny Grow has established itself as the go-to source for breaking technology services in wholesale and retail banking, capital markets, and insurance.

#MAHA2024 Kunjungan Hormat daripada Jabatan Perikanan Brunei Darussalam Kepada Ketua Pengarah Jabatan Perikanan Malaysia

YBhg. Dato’ Haji Adnan bin Hussain, Ketua Pengarah Perikanan Malaysia, berbesar hati menerima kunjungan delegasi Jabatan Perikanan Brunei Darussalam, Kementerian Sumber-Sumber Utama dan Pelancongan yang diketuai oleh Yang Mulia Dayang Hajah Wanidawati binti Haji Tamat, Pengarah Jabatan Perikanan Brunei Darussalam ke Laman Agrofood Perikanan bersempena Pameran Pertanian, Hortikultur dan Agro Pelancongan (MAHA) 2024.

Lawatan delegasi Brunei juga membincangkan kerjasama berkaitan industri perikanan dan akuakultur yang boleh dijalankan antara Jabatan Perikanan Malaysia dan Jabatan Perikanan Brunei melalui Institut Penyelidikan Perikanan. Delegasi ini atas jemputan YB Datuk Seri Haji Mohamad bin Sabu, Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan.

Delegasi Brunei turut dibawa melawat ke Galeri Akuakultur, Galeri Dunia Santuari Ikan Sungai, Galeri Dunia Samudera, Galeri Dunia Sains Akuatik, Pavillion Megafauna dan Galeri Inovasi, Teknologi dan Modenisasi.

Hadir sama dalam sesi kunjungan ini adalah Puan Yeo Moi Eim, Pengarah Kanan Bahagian Biosekuriti Perikanan, YBhg. Dato’ Azahari bin Haji Othman, Pengarah Kanan Bahagian Akuakultur, Encik Nazri bin Ishak, Pengarah Bahagian Dasar dan Perancangan Strategik serta pegawai-pegawai perikanan ibu pejabat.

24 September 2024

sign up our newsletter

Sign up today for hints, tips and the latest product news - plus exclusive special offers.

Jabatan Perikanan Malaysia
Jumlah Pelawat
[wpstats_visitors_offset]
Pelawat
Paparan terbaik: 1920 x 1080
Hakcipta Terpelihara © 2026 Jabatan Perikanan Malaysia