Portal Rasmi

Jabatan Perikanan Malaysia

Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan

FishCom

Soalan Lazim

Maklum Balas

Hubungi Kami

Peta
Laman

Generic selectors
Exact matches only
Search in title
Search in content
Post Type Selectors

News details

Penny Grow has established itself as the go-to source for breaking technology services in wholesale and retail banking, capital markets, and insurance.

Lawatan Kerja Ketua Pengarah Perikanan Malaysia ke ALG Patin Legacy

Pada majlis ini, YBhg. Dato' Haji Adnan dibawa melawat ke kilang pemprosesan ikan patin dan diberi penerangan tentang operasi syarikat.

YBhg. Dato’ Haji Adnan bin Hussain, Ketua Pengarah Perikanan Malaysia telah hadir untuk merasmikan _Central Kitchen_ dan _Frozen Mart_ yang dimiliki oleh Encik Mohd Hafizul Atras bin Alan Azmi yang merupakan usahawan my Agropreneur Perikanan (myAP) Jabatan Perikanan Malaysia.

En. Mohd Hafizul Atras mula menternak ikan patin, keli dan talapia di rumah dengan bermodalkan RM7,000.00. Kemudian beliau menceburkan diri ke dalam bidang usahawan iaitu ALG Patin Legacy. Kejayaan ini diperoleh melalui sokongan daripada Jabatan Perikanan Malaysia yang memberi latihan dan bantuan di bawah Program my Agropreneur Perikanan (myAP).

Pada majlis ini, YBhg. Dato’ Haji Adnan dibawa melawat ke kilang pemprosesan ikan patin dan diberi penerangan tentang operasi syarikat.

Turut hadir sama ialah YBhg. Dato’ Haji Azahari bin Haji Othman, Pengarah Kanan Bahagian Akuakultur, Puan Khazlita Adzim binti Abdol Aziz, Pengarah Bahagian Pengembangan Perikanan, Encik Abdullah bin Jaafar, Pengarah Perikanan Negeri Pahang dan Pegawai Perikanan dari Ibu Pejabat dan Pejabat Perikanan Negeri Pahang.

25 November 2024

sign up our newsletter

Sign up today for hints, tips and the latest product news - plus exclusive special offers.

Jabatan Perikanan Malaysia
Jumlah Pelawat
[wpstats_visitors_offset]
Pelawat
Paparan terbaik: 1920 x 1080
Hakcipta Terpelihara © 2026 Jabatan Perikanan Malaysia