Portal Rasmi

Jabatan Perikanan Malaysia

Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan

FishCom

Soalan Lazim

Maklum Balas

Hubungi Kami

Peta
Laman

Generic selectors
Exact matches only
Search in title
Search in content
Post Type Selectors

News details

Penny Grow has established itself as the go-to source for breaking technology services in wholesale and retail banking, capital markets, and insurance.

Kunjungan Hormat Jabatan Wilayah Persekutuan (JWP) ke Jabatan Perikanan Malaysia (DOF)

Kunjungan Hormat Jabatan Wilayah Persekutuan (JWP) ke Jabatan Perikanan Malaysia (DOF)

YBhg. Dato’ Haji Adnan bin Hussain, Ketua Pengarah Perikanan Malaysia telah menerima kunjungan hormat YBhg. Dato’ Indera Noridah binti Abdul Rahim, Ketua Pengarah Jabatan Wilayah Persekutuan di Jabatan Perikanan Malaysia, Wisma Tani pada pagi ini.

Kunjungan ini bertujuan membincangkan masalah yang dihadapi dan mencari solusi bantuan kepada penternak akuakultur di Kampung Jerantut Feri yang merupakan kawasan yang dipilih oleh Ketua Pengarah Jabatan Wilayah Persekutuan di bawah Program Satu Pemimpin satu Kampung (Santuni MADANI).

Turut hadir sama Dr. Siti Norita binti Mohamad, Pengarah Institut Penyelidikan Perikanan Glami Lemi, Negeri Sembilan, En. Luther bin Moguup @ John, Ketua Cawangan Akuakultur Air Tawar, Bahagian Akuakultur, En. Mohd Fauzi bin Salehon, Ketua Cawangan Tranformasi Ekonomi Perikanan, Bahagian Akuakultur, En. Muhammad Nur Ashry bin Bassari, Ketua Cawangan Akuakultur, Pejabat Perikanan Negeri Pahang, dan En. Mohd Nor Ramzan bin Rohim, Ketua Pusat Pengembangan Akakultur Perlok, Pahang.

30 Disember 2024

sign up our newsletter

Sign up today for hints, tips and the latest product news - plus exclusive special offers.

Jabatan Perikanan Malaysia
Jumlah Pelawat
[wpstats_visitors_offset]
Pelawat
Paparan terbaik: 1920 x 1080
Hakcipta Terpelihara © 2026 Jabatan Perikanan Malaysia